fbpx

Sancho secara rasmi jadi milik United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO akhirnya melengkapkan perpindahan ke United dari Dortmund. - AFP

MANCHESTER – Manchester United akhirnya melengkapkan perpindahan mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Sancho, 21, akan menyarung jersi The Red Devils sehingga Jun 2026 dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun menerusi yuran perpindahan dianggarkan bernilai £73 juta (RM424.5 juta).

“Saya sentiasa berterima kasih kepada Dortmund kerana memberikan peluang bermain bola sepak walaupun saya tahu akhirnya saya akan kembali ke England.

“Saya tidak menafikan menyertai United adalah impian menjadi kenyataan. Saya tidak sabar untuk menunjukkan kemampuan saya kepada pasukan dan para penyokong dalam saingan Liga Perdana Inggeris,” kata Sancho.

Sementara itu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan, Sancho adalah pemain yang beliau mahukan dan percaya bintang England tersebut akan menjadi watak penting buat skuad bimbingannya musim ini.

“Jumlah gol dan rekod bantuan jaringannya sudah menjawab kenapa kami mahukan khidmatnya. Kehadirannya akan memberikan kepantasan dan kreativiti luar biasa kepada pasukan.

“Old Trafford adalah destinasi paling tepat untuk dia mengembangkan bakatnya ke tahap yang jauh lebih tinggi,” jelas Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI