fbpx

Bahan api pesawat guna najis manusia menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahan api pesawat akan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak masak. – PA

LONDON – Kerajaan Britain mendedahkan rancangan untuk menggunakan bahan api pesawat mesra alam diperbuat daripada najis manusia menjelang tahun 2030, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, sebanyak 10 peratus bahan api mesra alam itu akan digunakan pesawat Britain pada tahun 2030, dan sasaran itu kemudiannya akan meningkat kepada 75 peratus menjelang 2050.

Menurutnya, dengan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak masak, ia dapat menjimatkan kira-kira 23 mega tan karbon pada tahun 2050.

Selain itu, bahan bakar tersebut dijangka dapat menghasilkan sehingga 11,000 peluang pekerjaan hijau di Britain menjelang tahun tersebut.

“Industri penerbangan akan menjadi pusat kepada pertumbuhan masa depan serta merangkumi beberapa pelan yang lebih hijau selepas pandemik ini.

“Disebabkan itu, kita telah melaburkan lebih £20 juta (RM116.3 juta) pada beberapa tahun lepas untuk menyahkarbon sektor tersebut sejajar dengan sasaran sifar karbon bersih,” katanya.

Setakat ini, sektor pengangkutan membentuk kira-kira suku daripada pelepasan karbon di Britain, manakala bagi pesawat sahaja, ia menyumbang kira-kira 2.5 peratus daripada pelepasan karbon global. – AGENSI    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN