fbpx

Disko di balai: Seorang anggota positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN berkaraoke serta menari, lapan individu termasuk seorang ketua balai polis yang ditahan turut meminum minuman keras dan air ketum. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan salah seorang daripada empat anggota polis yang ditahan ketika parti liar di sebuah balai polis di Kajang, kelmarin didapati positif dadah.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, kesemua empat anggota termasuk empat wanita (orang awam) sudah menjalani ujian saringan awal.

“Bagaimanapun hasil ujian saringan awal yang dijalankan itu mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis THC.

“Manakala tujuh yang lain didapati negatif,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis dalam daerah Kajang ditahan JIPS Bukit Aman, kelmarin.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, ketua balai polis yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI