fbpx

McGregor tayang kapal layar RM15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McGregor membeli kapal layar ni pada Oktober tahun lalu. -Instagram

LOS ANGELES – Bintang seni bela diri campuran (MMA) dunia, Conor McGregor menayang sebuah kapal layar mewah jenama Lamborghini miliknya yang bernilai £2.6 juta (RM15 juta), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lelaki berusia 33 tahun itu berkongsi foto kapal layar Lamborghini Tecnomar 63 yang dibawa daripada tapak pembinaannya di Itali.

McGregor membeli kapal layar itu pada Oktober lalu dan meluahkan rasa bangga kerana memiliki satu daripada 63 bot edisi khas yang dibina.

“Kapal layar Lamborghini saya sudah siap,” demikian keterangan yang ditulis bersama gambar bot tersebut.

Tecnomar 63 direka dan dibina oleh syarikat Italian Sea Group bersama Tecnomar for Lamborghini.

Hanya 63 buah kapal layar seperti ini yang dihasilkan. – Instagram

Kapal seberat 24 tan dengan panjang 19 meter itu boleh mencapai kelajuan 111 kilometer sejam dan dikuasakan dengan enjin diesel 24.2 liter V-12, 4,000 kuasa kuda.

Reka bentuk luarannya diinspirasikan daripada model Lamborghini Miura dan Countach daripada tahun 1960-an dan 1970-an.

Antara ciri istimewa kapal layar itu adalah bilik tidur peribadi di bahagian bawahnya yang menyediakan ruangan bersantai  selesa ketika berlayar di lautan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI