fbpx

JDT lancar token digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT lancar token Digital Collectables sebagai inisiatif menghubungkan penyokong dan kelab bola sepak Harimau Selatan.

ISKANDAR PUTERI – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan langkah kedepan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul kelab pertama yang melancarkan inovasi ‘Digital Collectables’.

Inisiatif berkenaan merupakan satu kaedah baharu dalam menghubungkan penyokong skuad Harimau Selatan itu dengan kelab tersebut.

JDT dalam satu kenyataan memaklumkan pengumpulan barangan itu adalah dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

“‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini.

“Di samping mengumpul token berkenaan, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT,” jelas kenyataan itu.

JDT turut memberitahu, pihaknya komited untuk berhubung bersama penyokong dengan cara lain dari yang lain.

“Penggunaan teknologi terbaharu seperti ‘blockchain’ ini akan membawa penyokong lebih rapat dengan kelab,”katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI