fbpx

Jangan biar seni budaya Kelantan ditelan zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN dikir barat sentiasa mencuri tumpuan umum setiap kali dimainkan dan ini membuktikan acara kesenian dari Kelantan ini diterima oleh segenap lapisan rakyat di negara ini.

KETIKA ini, negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Rentetan itu, rutin harian masyarakat termasuk penganjuran aktiviti kesenian dan kebudayaan melibatkan orang ramai berkumpul ditangguhkan buat sementara waktu.

Situasi ini tidak menghalang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2021.

Buat julung-julung kalinya, acara yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kelantan itu berlangsung secara online iaitu menerusi video rakaman dan secara langsung dipaparkan di laman Facebook, JKKN Televisyen (TV).

Mengetengahkan tema ‘Maghi Pakat Kelih Blako’, FKRK 2021 bertujuan mempromosikan pelbagai aktiviti
kesenian, budaya, adat, makanan dan cara hidup masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd. Yusop berkata, FKRK 2021 terpaksa diadakan secara online buat sementara waktu memandangkan negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Menerusi festival ini, orang ramai berpeluang menyaksikan kekayaan dan keunikan seni budaya masyarakat Kelantan menerusi online dalam JKKN TV selama sehari.

“Penganjuran acara sebegini juga dapat membuka peluang kepada penggiat industri dalam mengetengahkan produk seni dan budaya mereka kepada masyarakat luar.

“Buktinya, FKRK 2019 berjaya mencatatkan pulangan pendapatan RM116,546 dengan kehadiran khalayak seramai 55,520 sepanjang dua hari penganjuran,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian FRKR 2021 baru-baru ini.

Turut menyaksikan majlis perasmian secara online itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tambah Mesran, Kelantan sangat terkenal dengan masyarakatnya yang sangat taksub serta menjulang tinggi aktiviti kesenian, budaya dan warisan peninggalan nenek moyang mereka.

PALUAN rebana ubi antara aktiviti seni kebanggaan rakyat di negeri Tanah Serendah
Sekebun Bunga yang diwarisi sejak zaman-berzaman dan terus kekal bertapak hingga kini

“Negeri ini sangat popular dengan aktiviti seni seperti dikir barat, main peteri dan wayang kulit. Tidak
terkecuali mak yong yang diangkat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 2005.

“Makanan di negeri itu juga membangkitkan selera apabila terbayangkan keenakan kuih tradisional
seperti cek mek molek, lompat tikam, akok dan kuba guling,” katanya.

Sepanjang sehari FKRK 2021 berlangsung, lebih daripada 20 video aktiviti kesenian dan kebudayaan
disusun untuk disiarkan menerusi saluran JKKN TV.

Antara yang menarik adalah persembahan rebana ubi, program Cita Rasa Kelate: Kuba Guling,
dikir barat, mak yong, cabaran tari wau bulan dan pertandingan lagu daerah Kelantan.

Selain itu, FKRK 2021 turut memaparkan kesenian tradisi rakyat Kelantan yang hampir pupus dan dilupakan seperti dikir laba, rebana mangkuk dan tarian wau bulan.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Dr. Noor Zari Hamat berkata, pelaksanaan festival itu secara online seiring dengan usaha transformasi digital JKKN.

Jelasnya, arus revolusi industri yang semakin pantas tidak menghalang rakyat menikmati keunikan seni budaya di rumah.

“Melihat kepada kepelbagaian aktiviti yang disiarkan, saya sendiri merasai semangat yang kuat dalam
kalangan penggiat seni tidak pudar walaupun kita masih berdepan pandemik Covid-19.

“Semangat inilah yang diharapkan daripada penggiat seni. Kami sentiasa menyokong usaha menyemarak serta meneruskan kelangsungan seni dan budaya negara,” ujarnya.

Noor Zari turut berharap agar FKRK dapat diadakan secara  zikal pada masa-masa akan datang apabila
keadaan kembali mengizinkan.

Sepanjang sehari FKRK 2021 disiarkan menerusi JKKN TV, jumlah keseluruhan penonton dicatatkan berjumlah lebih 10,000 orang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI