fbpx

MAIS sumbang RM50,000 bantu urus jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang RM50,000 bagi penyediaan bekalan peralatan pengurusan jenazah seperti beg mayat dan pakaian perlindungan diri (PPE).

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan itu disalurkan kepada Amal Valley Organization iaitu pertubuhan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menguruskan jenazah Covid-19 di hospital-hospital di Selangor.

Menurut beliau, objektif sumbangan MAIS ini sebagai satu sokongan kepada maslahah ummah Islam di negeri ini dalam menghadapi situasi getir penularan Covid-19 pada masa kini.

“Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah umat Islam dan perlu disegerakan setiap pengebumiannya.

“Oleh itu, sumbangan ini dapat melancarkan lagi dan meringankan beban pengurusan hospital bagi urusan jenazah pesakit Covid-19 yang berbeza pengurusannya dengan pengurusan jenazah biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shahir, pihaknya difahamkan bagi satu kematian berpunca dari Covid-19 memerlukan kos minimum sebanyak RM940.50 seorang.

Jelas beliau, keperluan yang disediakan adalah satu beg mayat dan tujuh set PPE selain perlu diuruskan oleh pasukan yang terlatih dan berpengalaman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI