fbpx

Manusia paling kaya melancong ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET New Shepard dilancarkan dari tapak pelancaran Blue Origin di Texas hari ini. - AFP

AUSTIN, Texas – Kapsul membawa manusia paling kaya di dunia, Jeff Bezos dan penumpang lain yang dilancarkan menggunakan roket New Shepard selamat mendarat di sebuah gurun di barat Texas hari ini, lapor laman  berita RT.com

Blue Shepard merupakan kenderaan angkasa lepas milik syarikat diasaskan Bezos, Blue Origin.

Selepas terapung seketika di angkasa lepas, kapsul itu kembali ke Bumi dan menggunakan payung terjun untuk mendarat di sebuah kawasan  lapang di barat Texas.

BEZOS (kanan) turun dari kapsul New Shepard yang mendarat di sebuah gurun di Texas hari ini. – AFP

Bezos, 57, disertai  saudara lelakinya, Mark, perintis aviasi wanita, Wally Funk dan  Oliver Daemen yang merupakan remaja Belanda berumur 18 tahun. Bapa Daemen membayar untuk tempat duduk di dalam kapsul tersebut menerusi satu lelongan.

Semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Roket Blue Shepard juga mendarat dengan selamat. Selepas membawa kapsul itu ke angkasa lepas, roket itu menggunakan penggalak untuk kembali ke Bumi dan melakukan pendaratan.

New Shepard dilancarkan sekitar 11 minit lebih awal dari Tapak Pelancaran Blue Origin yang terletak di kawasan gurun di Pergunungan Guadalupe, barat Texas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI