fbpx

‘Ingatkan kucing, tetapi kura-kura gergasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki membawa seekor kura-kura gergasi bersiar-siar di sebuah taman perumahan.

PETALING JAYA – Bukan kucing, bukan juga anjing, sebaliknya ia adalah seekor kura-kura gergasi.

Itu adalah haiwan peliharan yang dibawa seorang lelaki ketika bersiar-siar di sebuah taman perumahan yang sempat dirakam pengguna jalan raya di sebuah taman perumahan.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star Tv, kelihatan haiwan itu jinak ketika di bawa ‘makan angin’ serta mengikut arahan lelaki itu.

Difahamkan kura-kura gergasi itu sudah berusia 11 tahun.

Gelagat kura-kura gergasi dan lelaki itu turut menarik perhatian pengguna Facebook yang rata-rata memaklumkan bahawa kura-kura gergasi itu mahal harganya dan mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Aku ‘join gruop’ kura-kura rupanya mahal harga dia, ada anak kecil yg baru menetas pun berharga RM3,000 hingga RM13,000.

“Yang pak cik ni punya tak taulah berapa puluh ribu agaknya,”tulis Ayu Ujang.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI