fbpx

Rosé dapat hadiah gitar daripada John Mayer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSÉ

BULAN lalu, kemunculan penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Rosé dalam program Sea of Hope terbitan JTBC menawan perhatian ramai.

Ketika itu, dia muncul menyanyikan lagu milik penyanyi Amerika Syarikat, John Mayer berjudul Slow Dancing In A Burning Room bersama Onew SHINee dan Lee Su-hyun AKMU.

Penampilannya dalam program berkenaan bukan sahaja menuai pujian peminat, bahkan turut menerima respons positif pemilik asal lagu itu, Mayer yang memuji Rosé dalam Twitter.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya, Mayer mengirimkan hadiah istimewa berupa gitar kepada Rosé seperti yang dikongsikan penyanyi itu dalam Instagramnya baru-baru ini.

“Hidup ini sudah sempurna. Terima kasih @johnmayer,” tulis Rosé ringkas.

Gitar berwarna merah jambu lembut yang dihadiahkan Mayer tersebut merupakan edisi signaturnya, Silver Sky.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI