fbpx

Rentas negeri punca kluster baru di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang pulang ke Kelantan pada 11 Julai lalu untuk menghadiri satu majlis pengebumian mengakibatkan penularan wabak Covid-19 di Kampung Sungai Long, Batu Melintang, Jeli dengan 13 kes dikesan positif setakat ini.

Penularan jangkitan dalam Kluster Sungai Long itu dilaporkan selepas lelaki terbabit yang balik dari Selangor menjalani saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan didapati positif Covid-19 pada 17 Julai lepas.

Lampiran rumusan kluster yang disertakan bersama kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, lelaki berusia 22 tahun yang juga kes indeks bernombor 903,591 itu pulang ke negeri itu untuk menghadiri satu majlis pengebumian pada 10 Julai.

Menerusi lampiran itu juga turut disenaraikan Kluster Parit Beting yang tercetus akibat aktiviti ziarah-menziarahi di Parit Beting, Jalan Salleh, Muar, Johor dengan 14 kes poisitif setakat ini.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan berumur 22 tahun yang dilaporkan positif pada 19 Julai lalu hasil saringan individu bergejala selepas menunjukkan gejala sejak 14 Julai lepas,” katanya.

Kluster Sungai Long dan Kluster Parit Beting adalah antara 31 kluster baharu termasuk lapan kluster komuniti yang dilaporkan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI