fbpx

Lembu korban bebas wabak LSD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Kesihatan lembu korban semasa sambutan Aidiladha nanti dijamin selamat serta bebas daripada penyakit kulit kental (LSD) kerana pemeriksaan telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum ternakan itu dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Pertanian negeri Perak, Razman Zakaria berkata, justeru tiada kegusaran dalam kalangan orang ramai berhubung keselamatan ternakan tersebut.

Katanya, ini kerana ada surau dan masjid di kawasan Bagan Serai yang tidak mahu menerima lembu-lembu yang dihantar gara-gara pemandu lori terlupa untuk membawa dan mengemukakan surat pengesahan JPV semasa membuat penghantaran ternakan itu.

“JPV tidak sewenangnya membenarkan lembu-lembu yang dijangkiti LSD dijual atau dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ibadah korban.

“Jadi tidak perlu gusar tentang perkara itu kerana sebelum lembu-lembu yang dipindahkan dari tempat ternakan adalah selamat,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pasar Segar Terkawal di Dewan Surau Al -Faizin Taman Serai Permai hari ini.

Ujar Razman, kegusaran itu bagaimanapun menunjukkan masyarakat khususnya umat Islam cakna tentang keadaan lembu-lembu yang ingin dijadikan ibadah korban. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI