fbpx

Tindakan tegas guna alasan palsu untuk balik beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang masuk ke Alor Setar menerusi SJR di Plaza Tol Alor Setar Utara hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati menggunakan alasan palsu bagi merentas daerah atau negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze. Shaari memberitahu, tindakan akan diambil kepada mereka yang mengambil kesempatan atas kebenaran pergerakan dikeluarkan oleh pihak polis.

“Tindakan tegas akan diambil termasuk mengenakan kompaun kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan alasan palsu untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidiladha pada Selasa ini.

“Seluruh penduduk diingatkan tentang larangan aktiviti merentas negeri atau daerah dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berkuat kuasa sehingga hari ini.

“Ia berikutan pertambahan jumlah permohonan rentas negeri dan daerah dalam tempoh terdekat dan ini menunjukkan ramai yang ingin memohon untuk merentas negeri dan daerah atas pelbagai alasan dan tujuan,” ujarnya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mengetahui sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah bagi tujuan menyambut hari raya di kampung halaman atau melancong di dalam negeri boleh memaklumkan kepada polis.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Kawalan Covid-19 Kontinjen Kedah di talian 04-7741275 atau terus kepada bilik kawalan daerah berdekatan,” tambahnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI