fbpx

Implikasi pengurangan yuran Universiti Awam RM185.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Malaya.

PETALING JAYA – Implikasi kewangan berikutan pengurangan yuran perkhidmatan, yuran asrama dan yuran aktiviti kolej Universiti Awam (UA) dianggarkan berjumlah RM185.7 juta.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan akhbar berkata, UA telah mengurangkan yuran perkhidmatan, yuran asrama dan yuran aktiviti kolej antara 10 hingga 35 peratus sejak Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020.

Menurut KPT, pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta yang mana RM20 juta merupakan peruntukan tambahan kerajaan.

“Pengurangan yuran bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2020/2021 (RM70.2 juta) dan Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021 (RM40.5 juta).

“Inisiatif ini telah melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM185.7 juta bagi manfaat 386,142 pelajar bagi ketiga-tiga semester.

“Langkah-langkah ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menangani beban kewangan dihadapi pelajar dan ibu bapa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KPT, kadar pengurangan yuran tersebut adalah munasabah memandangkan 20 UA terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman.

Jelas KPT, ia susulan penurunan penjanaan pendapatan menerusi yuran pelajar selain pengurangan peruntukan mengurus oleh kerajaan berikutan pandemik dihadapi ketika ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI