fbpx

61 wanita maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan pertambahan 26 kluster baharu dengan didominasi 15 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan dua kluster pendidikan tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor dan Johor masing-masing tujuh kluster; Kuala Lumpur lima kluster; Melaka dan Kelantan masing-masing dua kluster manakala Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak pula satu kluster.

Katanya, kluster tempat kerja meliputi Industri Teknologi Cheng Satu, Melaka Tengah, Melaka (68), Jalan Anggerik Muar (68), Industri Jalan Perusahaan Lima di Hulu Langat, Selangor (48), Industri Jalan Besi Satu di Kulai (45), Salak Land di Kuching (41), Persiaran Tun Perak di Hulu Langat, Selangor (29) dan Industri Batu 34 Dengkil– Banting di Sepang (27).

“Bakinya, Jalan Angkasa Mas Dua di Johor Bahru (18); Persiaran Anggun di Gombak (16), Jalan Seri Utara di Kepong (14), Satu Timur di Sabak Bernam, Selangor (14), Bintang Meranti di Lembah Pantai Kepong, Titiwangsa, Cheras, Kuala Lumpur (13); Lebuh Tanjung Satu di Johor Bahru (12), Industri Dewani Satu di Johor Bahru (7) dan Jalan Pinang di Lembah Pantai dan Titiwangsa (7).

“Kluster komuniti pula adalah Sri Sabah di Cheras(91), Desa Temuan di Petaling (55), Kota Klias di Beaufort (44), Taman Pelangi Kluang di Kluang (17), Jalan Kampung Permatang Pasir di Bachok (14), Kuala Pilah, Negeri Sembilan (12) manakala Kluster Pusat Tahanan, Tembok Pengkalan Chepa 2, di Kota Bharu dan Machang (105) dan Tembok Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah (42).

“Pagar Tropika Satu di Johor Bahru (34), Kluster Pendidikan Tinggi, Gombak (62) dan Lingkaran Wawasan di Lembah Pantai(40),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekod peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 13,215 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,095 kes.

Sebanyak 110 kematian dicatatkan dengan 885 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 432 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 108,369 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222).

“Hanya satu negeri dan dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (70), Labuan (26) dan Putrajaya (53) manakala Perlis, tiga kes,” katanya.

Mengulas mengenai 110 kematian, beliau berkata, Selangor terus kekal menjadi penyumbang terbanyak iaitu 45 kes diikuti 23 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Johor, lima  kes di Pahang, masing-masing empat kes di Kedah dan Sarawak, masing-masing tiga kes di Melaka dan Kelantan, dua kes di Sabah, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, dan Labuan.

“Seramai 49 lelaki dan 61 wanita dengan termasuk 15 warga asing, 15 kes meninggal dunia di rumah dan 19 pesakit tiada latar belakang penyakit,” katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI