fbpx

Kebenaran khas dua hari kurangkan kesesakan pelabuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wee Ka Siong

PUTRAJAYA – Semua aktiviti pengendalian, penerimaan, pemunggahan untuk ‘loading’ dan ‘unloading’ barangan import ‘non-essential’ bagi tujuan import dan eksport di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diberikan kebenaran khas selama dua hari bermula hari ini.

Kebenaran khas itu diberikan bermula hari ini sehingga Sabtu ini bagi mengurangkan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara yang ada daripadanya telah mencapai kapasiti 80 peratus.

Perkara itu diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari Selasa lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagi aktiviti ‘loading’ dan ‘unloading’ pula dibenarkan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat mengikut prosedur operasi standard (SOP) MKN sedia ada.

Beliau berkata, kementerian komited dalam memastikan kapasiti gudang dan pelabuhan di seluruh negara tidak terjejas sehingga membantutkan rantaian ekonomi ketika berdepan cabaran akibat pandemik Covid-19 serta membantu para pemain industri menjalankan pengoperasian mereka dengan selamat dan cekap.

“Syarikat-syarikat dalam industri terlibat mesti mematuhi syarat-syarat seperti mematuhi SOP pengangkutan dan logistik bagi tempoh PKP yang dikemas kini pada 15 Jun 2021.

“Semua protokol penjagaan kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan termasuk pemeriksaan suhu badan, mengimbas kod QR menerusi aplikasi MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup separuh muka juga perlu dipatuhi,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI