fbpx

Dulu ‘chubby’, Tabby Dolla kini antara wanita tercantik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA kumpulan Dolla, kini tercalon sebagai 100 wajah tercantik dunia untuk edisi 2021.

PETALING JAYA – Pernah dicop sebagai anggota Dolla paling tembam, Tabby terharu apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang dicalonkan dalam 100 Wajah Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021).

Pemilik nama sebenar Tabitha Ariel Lam, 20, itu berkata komen segelintir pengikut hanya dilihat dari sudut positif sekali gus sebagai pemangkin untuknya mengubah rutin harian ke arah menjalani hidup lebih sihat.

“Sudah pasti saya terharu dan terkejut apabila dimaklumkan menjadi pilihan penganjur, TC Chanler apatah lagi berada sebaris dengan nama besar dari Asia terutama jelitawan Hollywood dan Korea Selatan.

“Saya sedar di luar sana ramai lagi wanita cantik yang lebih layak untuk disenaraikan tetapi apabila sudah dipilih tentu saya saya bersyukur dan berterima kasih, kerana secara tidak langsung saya menggalas nama negara selaku calon tunggal.

“Ini juga sebagai mesej kepada gadis lain bahawa sesiapa sahaja boleh berada di sini. Bagi saya, jelitawan bukan dilihat dari kecantikan luaran semata-mata tetapi lebih kepada sayangi diri sendiri, keyakinan dan menyebarkan elemen positif.

“Saya masih ingat ketika remaja saya agak ‘chubby, malah waktu debut Dolla pun ada yang komen mengenai pipi ‘chubby’ saya terutama dalam video muzik kami. Apa pun saya ambil komen itu sebagai nasihat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, senarai tahunan 100 Wajah Tercantik yang direalisasikan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics dikatakan menjadi antara acara pengiktirafan paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.

Antara barisan selebriti dunia yang turut disenaraikan dalam edisi kali ini Emma Watson dan Natalie Portman selain dari Korea Selatan menampilkan Rose dan Jennie dari kumpulan Blackpink serta Tzuyu dan Momo (Twice).

Bagi Tabby, berada dalam Dolla yang ditubuhkan sejak 2019 menjadi titik tolak terhadap keyakinan dirinya apabila lebih bersemangat dikelilingi rakan seperjuangan yang positif seperti Sabronzo, Angel dan Syasya.

Selain menyerlah di arena nyanyian, kumpulan di bawah label Universal Music Malaysia yang mendapat jolokan Blackpink Malaysia itu turit beraksi buat julung kali dalam telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow pada Mei lalu.

Sementara itu, pada masa sama, Tabby sempat menitipkan pesan supaya masyarakat tidak menyebarkan aura negatif dengan lebih berhemah ketika menggunakan media sosial terutama dalam memberikan sebarang komen.

“Dalam dunia serba terbuka ini kita bebas bersuara atau meluahkan pendapat namun perlu berpada-pada kerana ia bukan bermakna sebagai lessen untuk kita menghina dan mengutuk orang lain sesuka hati.

“Bagi saya walaupun selebriti sentiasa dapat didekati menerusi laman sosial peribadi masing-masing, janganlah cetuskan lingkungan negatif dengan menggunakan bahasa kesat. Anak seni juga mempunyai perasaan.

“Ini juga ingatan kepada diri sendiri memandangkan dalam situasi pandemik Covid-19 yang meninggalkan impak kepada semua, saya percaya nilai positif sesama manusia adalah pemangkin untuk hidup tenang,” tambahnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI