fbpx

Bapa Krisdayanti meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krisdayanti memohon doa semua untuk Allahyarham bapanya yang meninggal dunia sekitar pukul 3 petang tadi.

JAKARTA – Bapa kepada diva terkenal Indonesia, Krisdayanti menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali sekitar pukul 3 petang hari ini.

Krisdayanti berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagramnya dan memohon semua mendoakan Allahyarham bapanya agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun.

“Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya tanpa memaklumkan sebab kematian bapanya itu.

Pada hantaran sama, Krisdayanti yang popular menerusi lagu hit Menghitung Hari turut memohon maaf kerana tidak dapat menemani dan berada di sini bapanya.

Menerusi perkongsian sama, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu turut memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Hantaran Krisdayanti mengundang kesedihan dalam kalangan netizen dan rakan-rakan artis termasuk dari Indonesia dan Malaysia.

Antara yang mendoakan dan menitipkan salam takziah ialah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cef Wan, Melly Goeslaw, Titi Kamall dan menantu Krisdayanti, Atta Halilintar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI