fbpx

Tutup kilang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak mempunyai kuasa dalam penutupan kilang membendung penularan Covid-19 sebaliknya kuasa itu masih dibawah Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] tidak menjelaskan berhubung tindakan PBT untuk mengarahkan penutupan kilang.

Katanya, walaupun seksyen yang dirujuk seakan-akan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk membatalkan lesen, tindakan pembatalan harus dilakukan mengikut syarat serta parameter yang tertera di dalam lesen ketika dikeluarkan dan bukannya bersifat arbitrari, dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas.

“Lesen pengoperasian kilang yang dikeluarkan oleh PBT adalah sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta 171 sahaja.

“Ini tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan berhubung penggunaan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], khususnya Seksyen 107(2), untuk menutup kilang dengan membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT.

Beliau memberitahu, penentuan Tatacara Pengendalian Piawai ataupun SOP yang kita patuhi dikuatkuasakan melalui Akta 342 sejak 18 Mac tahun lalu.

Ujarnya, ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan di hampir seluruh Selangor.

Akta 342 memberi kuasa kepada Menteri Persekutuan melalui Seksyen 3(1) untuk melantik Pegawai Kesihatan ataupun mana-mana pegawai lain bagi tujuan menguatkuasakan usaha mengawal penularan wabak Covid-19.- K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI