fbpx

Pengantin lelaki dipukul ibu menggunakan selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang tular memaparkan pengantin lelaki tersebut dipukul oleh ibunya menggunakan selipar pada majlis resepsinya. – Twitter/a4_times

UTTAR PRADESH, INDIA – Gara-gara tidak merestui perkahwinan anaknya dengan gadis yang berlainan kasta, seorang ibu bertindak memukul anak lelakinya menggunakan selipar di hadapan tetamu yang menghadiri majlis resepsi pasangan tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika kedua-dua mempelai sedang melakukan satu upacara yang dikenali sebagai ‘jaimala’.

‘Jaimala’ merupakan ritual yang dilakukan pasangan pengantin beragama Hindu, di mana pengantin lelaki dan perempuan saling bertukar kalungan bunga segar yang diletakkan pada leher masing-masing. 

Dalam kejadian tersebut, ibu pengantin lelaki secara tiba-tiba muncul pada majlis resepsi lalu menuju ke pentas perkahwinan.

Dia kemudiannya membuka seliparnya lantas memukul pengantin lelaki iaitu anaknya sendiri di hadapan tetamu yang lain.

Melihatkan kekecohan yang berlaku, beberapa tetamu cuba membawa wanita itu turun dari pentas perkahwinan, namun dia tetap meneruskan tindakannya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan mempelai telah pun berkahwin secara sah menurut undang-undang sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tetap ingin mengadakan majlis resepsi tanpa menjemput keluarga pihak lelaki kerana mendapat tentangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN