fbpx

Mavcom lanjut moratorium ATR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mavcom telah meluluskan tujuh permohonan ATR yang dihantar oleh MyJet Xpress.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memberi kebenaran kepada syarikat penerbangan untuk mengekalkan portfolio Hak Trafik Udara (ATR) mereka sedia ada, tanpa berdepan risiko tamat tempoh bagi menyokong pemain industri yang terjejas akibat pandemik.

Keputusan tersebut telah memberi kelegaan kepada pemain industri berkenaan dalam waktu mencabar ini kerana salah satu syarat ATR adalah pembatalan secara automatik jika tidak digunakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh kelulusannya.

Kelonggaran berkenaan telah berkuat kuasa sejak 5 Jun 2020 bagi memudahkan pentadbiran dan pengawalan seliaan syarikat-syarikat penerbangan, selain membo­lehkan mereka mengekalkan portfolio ATR sedia ada.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, bagi tempoh suku ke­dua tahun 2021 berakhir 30 Jun, pihaknya telah meluluskan seratus peratus daripada 10 permohonan ATR yang diterima.

Jelas beliau, ini melibatkan lima laluan penerbangan antarabangsa dan lima lagi laluan domestik.

“Kadar permohonan ATR mencatatkan penurunan seba­nyak 58.3 peratus daripada suku pertama, serta pengurangan 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Daripada 10 permohonan yang diluluskan, MyJet Xpress Airlines Sdn. Bhd. menerima jumlah kelulusan tertinggi de­ngan tujuh ATR, diikuti oleh Air­Asia X, Malindo Airways Sdn. Bhd. dan World Cargo Airline Sdn. Bhd. yang mana masing-masing menerima satu kelulusan ATR,” katanya.

Tambah Saripuddin, sebagai pengawal selia komersial dan ekonomi bagi industri penerbangan, Suruhanjaya berpegang teguh pada komitmen untuk membantu pemain industri.

“Selain melanjutkan morato­rium ATR, kami turut melanjutkan moratorium bagi penguatkuasaan Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan (QoS) serta Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI