fbpx

Curi seluar dalam wanita jadi ubat hilangkan jerawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek curi seluar dalam di Tasikmalaya, Indonesia (kanan) yang mahu jadikan pakaian itu sebagai ubat jerawat. - Ayobandung

JAKARTA – Seorang pencuri seluar dalam wanita mendakwa dia melakukan jenayah itu kerana mahu menjadikan pakaian itu sebagai ubat jerawat, lapor Suara.com, hari ini.

Suspek bernama OM, 23, ditahan dalam satu kejadian di Tasikmalaya, Kalimantan Barat ketika mencuri jemuran seluar dalam wanita di depan rumah Desa Indihiang.

OM sempat melarikan diri ke Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) namun berjaya dikepung oleh penduduk kampung.

Ketua Polis Indihiang, Komisioner Didik Rohim Hadi mengesahkan kejadian itu dan sudah menerima laporan daripada penduduk kampung.

“Suspek sudah disoal siasat dan apabila ditanya motif mencuri, dia berkata seluar dalam wanita mahu dijadikan ubat merawat jerawat.

“Ini merupakan kali kedua OM melakukan pencurian seluar dalam di kawasan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, OM ketika soal siasat mengakui terpengaruh dengan kata-kata rakannya yang memberitahu seluar dalam wanita berupaya mengubati jerawat muka.

“Saya curi kerana mahu hilangkan jerawat di muka kerana kawan-kawan beritahu itu ubat paling mujarab,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI