fbpx

Video tular rider Foodpanda dipukul hanya salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KERIAN – Polis menafikan satu video tular pergaduhan membabitkan dua lelaki Melayu yang berlaku di Parit Buntar baru-baru ini melibatkan perkauman seperti didakwa netizen sebaliknya berpunca daripada salah faham antara kedua-dua individu dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Marzuki Mat berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki yang juga rider Foodpanda disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isteri individu terbabt.

Menurut beliau, berikutan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang juga terlibat dalam pergaduhan itu.

“Siasatan mendapati berlaku salah faham berikutan penama tidak mempunyal hubungan dengan isteri pangadu dan hanya mengenali sebagai rakan sekerja sejak lapan tahun lalu.

“Dia telah datang ke rumah pengadu untuk menghantar makanan yang dipesan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Berikutan itu, kedua-dua lelaki terbabit tetah berbincang untuk menyelesaian kejadian berkenaan secara baik dan satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu untuk menarik balik kes tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI