fbpx

Penyokong England ‘koyak’, serang peminat Itali selepas kalah penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKECOHAN di luar Stadium Wembley semalam selepas penyokong England bertindak menyerang peminat Itali. TWITTER

 

LONDON  – Situasi huru-hara berlaku di luar Stadium Wembley  selepas England tewas kepada Itali pada final EURO 2020 menerusi sepakan penalti semalam, lapor sebuah portal berita

Penyokong pasukan bola sepak England  naik berang kerana tidak dapat menerima kekalahan mereka lalu bertindak menyerang penyokong Itali di luar stadium. 

Peminat pasukan England  bukan sahaja memukul penyokong Itali tetapi menghamburkan kata-kata kesat dan rasis serta memijak bendera Itali juga.

Ketika usaha untuk membakar bendera Itali  gagal, seorang penyokong England dilihat meludah bendera Itali sementara rakannya memijak bendera itu berulang kali

Sebelum perlawanan bermula,  penyokong England  telah berbaris di luar Stadium Wembley dengan harapan besar pasukan mereka akan menang, namun mengamuk kerana perkara sebaliknya berlaku.

Pasukan tiga singa itu tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI