fbpx

IBFIM, CISL anjur program industri kewangan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program itu dianjurkan bagi menyokong komitmen Komuniti Pengamal (COP) Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

PETALING JAYA – Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dengan kerjasama University of Cambridge Institute for Sustainability Leadership (CISL) akan menganjurkan program Kelestarian Kepimpinan untuk Institusi Kewangan (Program) pada 14 dan 15 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, program pendidikan eksekutif berkaitan kepemimpinan lestari bagi industri kewangan Islam itu akan dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Katanya, tiga kumpulan pembelajaran akan mengikuti program ini, dimana kumpulan pembelajaran pertama bakal dihadiri oleh 32 peserta daripada 17 institusi perbankan Islam yang terdiri daripada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai pengurusan kanan.

“Program ini dianjurkan bagi menyokong komitmen oleh Komuniti Pengamal (COP) Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

“Kami yakin bahawa program ini yang dihasilkan secara eksklusif oleh CISL untuk industri kewangan Islam akan mendorong penerapan VBI dan memperperkukuhkan peranan industri dalam memajukan masa depan yang lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif CISL, Claire Shine berkata, pihaknya komited untuk menangani perubahan iklim, melindungi serta memulihkan alam semula jadi dalam membina masyarakat yang inklusif dan berdaya tahan.

“Kami juga berharap dengan kerjasama ini, program kepemimpinan transformatif itu dapat dilaksanakan bagi membantu institusi kewangan mengambil tindakan terhadap risiko dan peluang di dalam era global yang berubah dengan pantas,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI