fbpx

Rangka kerja Sukuk SDG MRL terima penilaian impak emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur jambatan ECRL di Gebeng, Kuantan.

PETALING JAYA – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) berjaya mewujudkan Kertas Komersial Islam (ICP) dan Nota Kewangan Jangka Sederhana Islam (IMTN) dengan nilai nominal sehingga RM10.21 bilion (dengan pilihan untuk menerbitkan Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)) (Program Sukuk Murabahah).

Ia merupakan yang pertama bagi Sukuk Dijamin Kerajaan serta yang pertama dalam industri pengangkutan, menandakan komitmen MRL untuk memacu pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Sukuk tersebut memberikan peluang kepada pelabur untuk membiayai sebahagian daripada pembinaan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 665 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.

Komitmen terhadap kemampanan membezakan program ini sebagai peneraju dalam inisiatif pelaburan beretika, sejajar dengan usaha MRL dalam menggunakan tenaga hijau untuk rangkaian ECRL yang akan beroperasi pada Januari 2027.

Rangka kerja Sukuk SDG berkenaan telah menerima penilaian impak ‘Emas’ oleh MARC Ratings Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak menekankan bahawa Program Sukuk Murabahah menandakan usaha berterusan untuk menggabungkan kewangan Islam ke dalam projek infrastruktur yang besar.

“Kami berbangga Sukuk SDG MRL secara sinergi mengutamakan amalan yang mementingkan alam sekitar dalam bidang kewangan dan pembangunan infrastruktur, serta memenuhi keperluan yang berbeza bagi pihak berkepentingan kerajaan dan swasta serta sektor-sektor lain,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Projek ECRL bernilai RM50.27 bilion dibiayai menerusi gabungan pinjaman mudah oleh Export– Import Bank of China dan terbitan sukuk oleh institusi kewangan tempatan.

Ia dijadualkan siap pada Disember 2026 dan dijangka menghubungkan Kota Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak dalam masa empat jam berbanding tujuh jam dengan pengangkutan jalan raya atau lebih daripada 12 jam semasa musim perayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI