fbpx

Balai Polis Lukut beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Polis Lukut, Port Dickson ditutup sementara selama seminggu selepas terdapat pengesanan penularan kes Covid-19 dalam kalangan anggota polis yang bertugas.-- Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Balai Polis Lukut diberi kebenaran untuk beroperasi semula hari ini setelah diberi notis penutupan sementara sejak Sabtu lalu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan anggota di balai polis tersebut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, Balai Polis Lukut dibenarkan beroperasi semula bermula pukul 2.30 petang tadi selepas proses sanitasi menyeluruh dijalankan Sabtu lalu.

“Bagaimanapun, ia hanya melibatkan penugasan bilik siasatan sahaja dengan bantuan keanggotaan dari balai luar kerana kesemua anggota Balai Polis Lukut masih lagi menjalankan kuaranti kendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan, masyarakat di daerah ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau 06-6472222. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI