fbpx

100 tanaman beracun jadi tarikan di ‘taman pembunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poison Garden merupakan sebahagian kecil daripada Taman Alnwick yang terletak di Northumberland, timur laut England. - Mirror UK

LONDON – Sebuah taman yang digelar ‘taman paling berbahaya di dunia’ kini menjadi tarikan baharu pengunjung di England, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.

Poison Garden yang merupakan sebahagian kecil daripada Taman Alnwick di Northumberland, timur laut England cukup digeruni kerana semua tanaman di situ boleh membawa maut kepada manusia.

Ia dikelilingi pagar besi besar beserta tanda amaran bertulis ‘tumbuhan di sini boleh membunuh’.

Pengunjung yang mahu masuk ke taman tersebut perlu diiringi pegawai dan dilarang sama sekali untuk menghidu, menyentuh atau memakan sebarang tanaman di dalamnya.

Beberapa pengunjung sebelum ini dilaporkan pernah pengsan akibat terhidu bauan daripada tanaman di situ ketika berjalan di dalamnya.

Poison Garden menempatkan sekitar 100 tanaman bertoksik dan narkotik.

Banyak tanaman di situ seperti Laurel yang menghasilkan cyanide manakala hogweed pula mempunyai toksik yang boleh menyebabkan kulit melecur dan luka sehingga tujuh tahun lamanya.

Bagi menjaga keindahan taman beracun ini, para pekerja perlu memakai sut perlindungan diri (PPE) setiap kali mahu membersihkan kawasan sekitarnya.

Ketua pekebun taman itu, Trevor Jones berkata, orang ramai sering teruja melihat tanaman yang ada di situ dan akan menanamnya di rumah.

“Ramai yang sebenarnya tidak sedar kesan tanaman kepada manusia dan ada yang cuba menanamnya di kediaman mereka,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI