fbpx

Chelsea sanggup buat apa sahaja demi Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi buruan Chelsea yang sanggup melepaskan beberapa pemain mereka demi mendapatkan dana yang cukup. - AFP

ERLING HAALAND

CHELSEA dilaporkan bersedia menjual beberapa lagi pemain mereka seperti Hakim Ziyech dan Tiemoue Bakayoko untuk mendapatkan penyerang Borussia Dortmund ini. Sebelum ini The Blues sudah melepaskan khidmat Olivier Giroud dan Tammy Abraham juga dikatakan turut berada dalam senarai untuk dijual.

ZINEDINE ZIDANE

BEKAS jurulatih Real Madrid ini dilaporkan menolak beberapa tawaran untuk kembali melatih pasukan kelab selepas meninggalkan Santiago Bernebeu. Zidane dilaporkan lebih berminat untuk mengemudi Perancis selepas kontrak Didier Deschamps berakhir atau dipecat.

ANTOINE GRIEZMANN

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola dikatakan menghubungi sendiri pemain Barcelona ini untuk membincangkan mengenai potensi perpindahannya. Griezmann dikatakan menjadi pilihan sekiranya Tottenham Hotspur enggan melepaskan pemain sensasi mereka, Harry Kane.

ALPHONSE AREOLA

WEST HAM UNITED sudah mengadakan rundingan dengan Paris Saint-Germain mengenai keinginan mereka untuk untuk mendapatkan pemain ini secara pinjaman. PSG mungkin tidak ada masalah kerana mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat Gianluigi Donnarumma.

HECTOR BELLERIN

ARSENAL dilaporkan terdesak untuk menjual pemainnya ini. Inter Milan sebelum ini pernah menyatakan minat mereka tetapi sehingga kini masih belum ada tawaran rasmi dikemukakan. Inter dilaporkan mahu mendapat Bellerin secara pinjaman terlebih dahulu dengan pilihan membelinya tetapi Arsenal memerlukan wang ketika ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI