fbpx

WhatsApp SUK Perlis digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd. Yusof memaklumkan akaun aplikasi WhatsApp miliknya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya untuk meminta wang.

Azman kemudian memuat naik status di Facebook miliknya supaya orang ramai tidak memberi maklum balas terhadap sebarang permintaan berbentuk bantuan daripada nombor 0193363144 yang kini telah pun ditamatkan perkhidmatan.

Menurut beliau, kejadian itu mengakibatkan 10 kenalannya terpedaya dengan memasukkan wang ke dalam akaun penggodam tersebut dianggarkan sebanyak RM25,000.

Ujarnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam, Khamis lalu selepas beliau menerima permintaan untuk masuk dalam satu kumpulan WhatsApp.

Azman memaklumkan berhubung talian WhatsApp miliknya yang digodam menerusi Facebook rasminya.

“Sebelum akaun saya digodam, akaun rakan saya terlebih dahulu digodam. Ia membabitkan kumpulan WhatsApp yang kononnya kumpulan Media Kesihatan Covid-19 daripada Menteri Kesihatan.

“Sebaik sahaja memasuki kumpulan tersebut, enam nombor pin masuk ke telefon dan kami diminta untuk memasukkan nombor pin di kumpulan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sebaik sahaja berbuat demikian, beliau sudah tidak dapat mengakses akaun WhatsApp dan keesokan harinya dimaklumkan ada kenalan telah terpedaya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI