fbpx
Nia ( bertopi) bersama suaminya, Ardi Bakrie di sidang media kes syabu mereka, petang tadi. - KompasTV

Nia Ramadhani menangis mohon maaf hisap syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Selebriti popular Indonesia, Nia Ramadhani yang ditahan polis akibat penggunaan syabu menangis teresak-esak ketika hadir pada sidang media hari ini, lapor Solopos.com.

Nia, 31, yang popular dengan watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih ditahan bersama pemandu peribadinya pada 7 Julai lalu dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui.

“Saya dengan rendah diri mohon maaf kepada semua ahli keluarga dan mereka yang menyayangi saya.

“Apa yang saya lakukan bukan perbuatan terpuji dan saya sepatutnya memberi contoh lebih baik terutama buat anak-anak saya,” kata Nia sambil menangis di hadapan media.

Suaminya, Ardiansyah Bakrie turut menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka.

Mereka didakwa melanggar Pasal 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 bahagian Narkotik, dengan hukuman maksimum empat tahun penjara.- Agensi

POPULAR