fbpx

Wanita terkejut kucing peliharaan ‘dibelai’ hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing itu menunjukkan perilaku seperti sedang dibelai oleh ‘sesuatu’. - TikTok @2211ttl

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing peliharannya bersikap aneh menunjukkan perilaku seperti sedang dibelai oleh entiti  paranormal, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @2211ttl, kucing tersebut kelihatan seperti bersandar pada ruang kosong, dan seolah-olah sedang bermanja dengan ‘sesuatu’. 

Ia turut kelihatan terganggu dan mengiau dengan penuh keterujaan serta menggerakkan kepalanya di udara seperti sedang menanti untuk dibelai.

Haiwan itu kemudiannya menggerakkan badannya seperti diletakkan ke bawah dari arah atas.

“Ia mengiau dengan penuh keterujaan dan kelihatan seperti sedang dibelai.

“Ia juga kelihatan seperti sedang menghidu sesuatu, namun tiada apa-apa di situ sehinggalah ia kelihatan seperti takut dan berlalu untuk tidur,” tulis wanita tersebut pada hantarannya.

Video yang dimuat naik itu ditonton lebih sejuta kali dengan ramai pengguna turut meluahkan rasa seram serta sukar menjelaskan perkara yang terjadi.

“Saya rasa kamu perlu memanggil seseorang atau berpindah dari situ. Kucing itu sedang memberitahu sesuatu,” tulis seorang pengguna.

“Jika saya adalah hantu, saya akan membela kucing orang lain,” seloroh seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN