fbpx

Guna lori buah bawa dadah RM44 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas polis.

SHAH ALAM – Kegiatan sindiket dadah menggunakan kenderaan perdagangan termasuk lori buah-buahan bagi membawa masuk dadah dari negara jiran terbongkar menerusi penangkapan 14 individu dalam 10 serbuan berasingan di Selangor baru-baru ini.

Modus operandi itu terbongkar menerusi penangkapan kesemua suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 70 tahun pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan di sekitar Serdang, Ampang Jaya dan Subang Jaya itu turut menemukan tiga stor penyimpanan dadah dengan merampas dadah seberat 763.34kg bernilai RM44 juta.

Katanya, antara dadah dirampas meliputi 431 bungkusan syabu seberat 444.5 kilogram (kg), 863 slab disyaki heroin base (319.31kg) dan 2,000 biji pil erimin 5 (0.53kg).

“Dadah itu dibawa masuk dari negara jiran di utara menggunakan kenderaan perdagangan termasuk lori buah-buahan dan dadah itu disorokkan dan ditutup dengan buah-buah itu.

“Ia kemudiannya ditransitkan di sebuah rumah yang dijadikan stor dan dadah itu adalah untuk pasaran tempatan. Kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh lebih 25juta orang penagih,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut menyita pelbagai aset sindiket itu yang dianggarkan bernilai RM 477,709.21 seperti tujuh buah kereta , tujuh akaun bank bernilai RM 35,672.61, pelbagai mata wang tunai termasuk RM61,209.60 serta seutas jam tangan jenis Tag Heuer selain pelbagai jenis barangan kemas.

Tambah Arjunaidi, siasatan awal mendapati kesemua negatif dadah namun enam daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Kita sedang mengesan saki baki ahli sindiket itu. Kesemua suspek yang ditangkap kini direman selama tujuh hari bermula dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan berhubung penularan video berdurasi 26 saat berhubung dua pegawai polis melepaskan tembakan di Lembah Jaya Selatan, Ampang pada hari sama.

“Ini berkenaan susulan usaha menangkap dan merampas daripada sindiket tersebut dengan suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger telah bertindak cuba melanggar kenderaan pasukan polis sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri di kawasan sungai berdekatan sebelum polis mengejar dan mengarahkan mereka berhenti. Bagi mengelakkan suspek meloloskan diri dan membahayakan orang awam, dua das tembakan dilepaskan seterusnya melakukan tangkapan terhadap suspek tanpa sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI