fbpx

99.7 peratus anggota TDM Sabah sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Halim (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Chong Fah (dua dari kanan) ketika majlis pemyampaian sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada TDM di Kota Kinabalu. -Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 99.7 peratus Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sabah sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Panglima Divisyen Kelima Infantri Mejar Jeneral Datuk Mohd. Halim Khalid berkata, ia menjadikan Sabah antara negeri yang mencatatkan angka tertinggi dalam kalangan pasukan terbabit di seluruh negara.

“Hanya 14 daripada warga TDM yang masih belum mengambil vaksin disebabkan beberapa sebab-sebab tertentu berdasarkan rekod.

“Mereka yang masih belum menerima vaksin berikutan alahan, ibu mengandung dan menyusukan anak serta anggota yang menghidap penyakit yang tidak membolehkan menerima suntikan vaksin.

“Proses vaksinasi ini akan diteruskan sebelum diperluaskan kepada anggota awam yang bertugas dengan TDM,” katanya ketika menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) di perkarangan Markas Divisyen Kelima Infantri hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI