fbpx

Wanita ditemui rentung dalam kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan 4/2, Bandar Baru Selayang, awal pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang sedang terbakar di Jalan 4/2, Bandar Baru Selayang dekat sini, awal pagi tadi.

Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu ketika pasukan bomba sedang membuat operasi pemadaman.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran membabitkan sebuah kereta pada pukul 4.25 pagi.

“Seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, kita dapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar 40 peratus di bahagian dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut.

“Setelah kerja pemadaman api selesai, anggota menemui mayat dipercayai seorang wanita di bahagian tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pasukan forensik dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI