fbpx

Program Rekalibrasi Pulang permudah urusan PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee meninjau lokasi pelancaran kaunter program rekalibrasi PATI di KLIA di sini, hari ini. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Jabatan Imigresen (JIM) membuka kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan beroperasi 24 jam bagi membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) melengkapkan dokumen dan seterusnya pulang ke negara masing-masing.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, perkhidmatan itu akan meningkatkan tahap kecekapan pihaknya dalam melaksanakan Program Rekalibrasi Pulang PATI selain memudahkan mereka yang ingin pulang ke negara asal tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen.

“Perkhidmatan yang bermula hari ini merupakan satu game changer kepada JIM.

“Semua syarat program yang ditetapkan sebelum ini adalah masih terpakai,” katanya pada sidang akhbar pengoperasian Program Rekalibrasi Pulang di KLIA, di sini hari ini.

Hadir sama meninjau proses berkenaan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, pelaksanaan kaunter khas itu juga akan dipanjangkan ke KLIA2 dan pintu-pintu antarabangsa yang lain.

Menurut beliau, syarat – syarat utama menyertai Program Rekalibrasi Pulang di KLIA adalah perlu memiliki dokumen perjalanan yang sah, memiliki tiket pulang ke negara asal dan PATI hadir tanpa perlu membuat janji temu (STO) di kaunter imigresen khas pada hari jadual penerbangan.

“Selain itu, bayaran kompaun RM500 perlu dilunaskan dan perlu mengemukakan ujian RT-PCR Covid-19 sebelum hadir ke KLIA,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI