fbpx

9 lagi ditahan terlibat pergaduhan di asrama kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan lagi warga asing ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja di Sri Gading, petang semalam.

BATU PAHAT- Polis menahan sembilan lagi warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang, di Sri Gading, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, kesemua mereka terdiri daripada tujuh warga Bangladesh dan dua warga Sri Lanka.

“Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 40 tahun ditahan hari ini menjadikan keseluruhan jumlah tangkapan sehingga semalam adalah 12 orang membabitkan sembilan warga Bangladesh dan tiga warga Sri Lanka.

“Motif pergaduhan setakat ini dipercayai berpunca daripada gangguan di tempat kerja melibatkan dua warganegara ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan boleh memperuntukan hukuman denda ataupun penjara sehingga lima tahun.

Semalam, satu video berdurasi seminit lapan saat tular memaparkan pergaduhan oleh sekumpulan warga asing di pekarangan asrama pekerja kilang.

Susulan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI