fbpx
Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan tujuh lelaki ketika sedang leka memunggah minuman keras di kawasan tepi anak sungai di Menumbuk semalam. -Foto: IHSAN PPM

Tujuh lelaki ditahan leka punggah minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan tujuh lelaki ketika sedang leka memunggah minuman keras di kawasan tepi anak sungai di Menumbuk semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, penahanan suspek berusia antara 27 hingga 47 tahun itu sekaligus mematahkan aktiviti penyeludupan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata, serbuan terbabit dilaksanakan selepas intipan dibuat ke atas beberapa individu di kawasan berkenaan.

“Beberapa individu sedang melakukan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik hitam dari bot ke kawasan darat ketika intipan jalankan.

“Hasil pemeriksaan menemui minuman keras pelbagai jenama sebanyak 150 karton dianggarkan bernilai RM15,000 dan semua minuman keras itu dipercayai dibawa dari Labuan.

“Semua lelaki terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Roslan menyatakan turut dirampas sebuah bot menggunakan enjin 200 kuasa kuda (hp) dan tiga kenderaan dan nilai keseluruhan rampasan hampir RM338,000.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN