fbpx

Sainbayar juarai GP Kahramanmaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINBAYAR (tengah) dan rakan sepasukan, Eyob (kiri) berjaya menaiki podium 1-2 pada saingan GP Kahramanmaras di Turki pada Isnin lalu.

JAGUH Terengganu Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar terus mempamerkan kayuhan berbisa apabila memenangi Grand Prix (GP) Kahramanmaras di Turki pada Isnin lalu.

Lebih manis lagi apabila rakan sepasukan, Metkel Eyob pula menamatkan perlumbaan di belakangnya sekali gus memberikan kedudukan podium satu-dua buat TSG.

Sainbayar dan Eyob muncul terawal dalam kelompok 11 pelumba melintasi garisan penamat pada perlumbaan sejauh 124.5 kilometer itu dengan masa keseluruhan 3 jam 00 minit 08 saat.

Pelumba Ukraine, Mykhylo Kononenko daripada pasukan Salcano Sakarya BB pula melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.

“Ini adalah perlumbaan pertama saya di Eropah dan perasaan cukup teruja dapat memberikan kemenangan sulung kepada TSG.

“Perlumbaan agak sukar dengan angin kuat dan cuaca panas menyebabkan ramai pelumba ketinggalan mamun pelatun kami berjaya memecut,” jelas Sainbayar ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Empat lagi wakil TSG turut berjaya menamatkan perlumbaan menyaksikan Jeroen Meijers di kedudukan ke-16, selain Nur Aimar Zariff (42), Shahrul Mat Amin (43) dan Afiq Huznie Othman (62). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI