fbpx

PGA tahan lori cuba seludup 7.2 tan ayam beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang membawa ayam sejuk beku seludup seberat 7.2 tan ditahan di Wakaf Bharu hari ini. - Foto: IHSAN PGA

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan sebuah lori dan merampas ayam sejuk beku yang diseludup dari negara jiran seberat 7.2 tan di hadapan Masjid Ar-Rahman, Mukim Kubang Batang, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, lori itu ditahan pada pukul 2.30 pagi sebelum anggota PGA membuat pemeriksaan di bahagian muatan kenderaan tersebut.

“Kita dapati lori itu membawa 7.2 tan ayam beku dianggarkan bernilai RM192,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kedua-dua suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI