fbpx
Gambar hiasan

Kerajaan setuju lupus pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri mengumumkan kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelupusan itu dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan.

Beliau berkata, pelupusan sebahagian hutang peneroka itu akan memudah cara proses penjanaan semula FELDA bagi mengembalikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat perladangan terulung dunia.

Menurutnya, pelupusan bersyarat itu antara lain merangkumi pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka daripada keseluruhan 112,638 warga peneroka.

Katanya lagi, pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM168 juta melibatkan 52,180 peneroka iaitu meliputi 46 peratus warga peneroka.

“Selain itu ialah pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 bernilai RM78 juta melibatkan 38,043 peneroka iaitu meliputi 34 peratus warga peneroka.

“Ia juga meliputi pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka iaitu kira-kira 6 peratus warga peneroka,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN