fbpx

Hishammuddin berterima kasih pada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang berkuat kuasa serta-merta.

Hishammuddin berkata, beliau berterima kasih di atas kepercayaan itu dan akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik Covid-19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.

“Hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan tentang pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri baharu berkuat kuasa serta-merta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI