fbpx

Dua kejohanan hoki temui peminat hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIL

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) akan menganjurkan dua kejohanan domestik hujung tahun ini selepas mengambil kira kesemua pemain terlibat mempunyai masa mencukupi untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Dua kejohanan itu adalah Piala Tun Abdul Razak 2021 yang telah ditetapkan pada 10 hingga 20 November sebelum Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2021 bermula dari 26 November hingga 2 Januari 2022.

Pengumuman penetapan tarikh dua kejohanan itu telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pertandingan MHC menerusi pengerusinya, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh dan satu hantaran video daripada MHC semalam.

“Penganjuran Piala Tun Abdul Razak dan MJHL akan diteruskan. MHC akan melakukan perancangan serta menyusun jadual sebaiknya selain mengambil kira ruang masa yang cukup untuk setiap pemain mendapatkan suntikan vaksin.

“Perbincangan lebih terperinci pada 25 Julai ini untuk menetapkan venue, SOP (prosedur operasi standard) serta langkah terbaik buat semua pihak khususnya penganjuran MJHL membabitkan remaja yang masih bersekolah.

“Kami menaikkan had umur pemain 21 tahun ke bawah untuk MJJL 2021 berbanding 19 tahun sebelum ini. Kami juga ada terima cadangan untuk menaikkan sedikit lagi had umur penyertaan MJHL 2021 tetapi ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Setakat ini, MHC telah menerima 10 penyertaan daripada divisyen satu dan 14 penyertaan untuk divisyen dua bagi kategori lelaki, manakala 14 pasukan wanita telah menghantar penyertaan untuk kategori wanita.

Sebagai rekod, penganjuran MJHL tahun lalu terpaksa dibatalkan ekoran penularan pandemik Covid-19, manakala saingan Piala Tun Abdul Razak 2020 dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang kes Covid-19 melibatkan pemain atau pegawai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI