fbpx

Ancelotti mahu Richarlison sertai Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARLISON gembira dengan peranan yang diberikan oleh Benitez, sekali gus memberi kelebihan buat dirinya beraksi di posisi asal. – AFP

MADRID – Bekas pengurus Everton, Carlo Ancelotti dilaporkan sedang mengintai peluang untuk mengadakan perbincangan bersama kelab lamanya iu untuk melihat potensi membawa pemain pasukan itu, Richarlison menyertainya di Real Madrid.

Ancelotti dilantik menjadi jurulatih baharu gergasi Sepanyol itu pada Jun lalu dengan kontrak sehingga 2024 dan kini dalam proses untuk membina semula Real yang gagal meraih sebarang kejuaraan musim lalu.

Jurulatih dari Itali itu dikatakan melihat Richarlison sebagai salah seorang pemain yang mampu mengembalikan kehebatan The Galacticos dan perbincangan bersama ejen pemain berkenaan juga sudahpun dilakukan.

Ancelotti juga dilaporkan sudah menghubungi Richarlison yang kini sedang dalam tugasan antarabangsa bersama Brazil menghadapi saingan Copa America 2021 untuk memujuk pemain berkenaan.

Bagaimanapun, laporan menyebut bahawa rundingan berkenaan masih di peringkat awal dan tidak ada apa-apa persetujuan dicapai setakat ini, namun ia mungkin akan menjadi semakin jelas untuk tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Richarlison berkelana ke Goodison Park pada 2018 selepas hanya semusim bersama Watford dan kehadiran Ancelotti ke Everton menyaksikan pemain itu berjaya meledak 15 gol pada musim 2019/20.

Bersama Everton, Richarlison sudah menjaringkan 42 gol dalam 119 penampilan dan musim lalu dia berjaya merekodkan 13 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI