fbpx

Kata-kata semangat serendah RM0.20 di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kata-kata semangat yang 'dijual' di Shopee.

PETALING JAYA – Tular di platform beli-belah dalam talian Shopee apabila ‘barangan’ pelik iaitu ‘Kata-kata semangat’ menjadi salah satu item terbaharu yang di iklan di platform berkenaan.

Item ‘rare’ itu hanya berharga RM0.20 dan sempena Shopee 7.7 Mid Year Sale ia didatangkan dengan pos percuma bagi pembelian RM15 ke atas.

Berdasarkan keterangan penjual yang dikenali sebagai little.edenia, ‘item’ yang dijualnya itu dapat memberikan semangat baharu kepada pembeli.

“Hari anda terasa lemau, murung dan tidak bersemangat? Kami boleh bantu anda menyemangatkan hari anda, jangan biarkan hari-hari anda selubungi kelemahan, kesedihan, atau kemalasan.

“Kami boleh bantu semangatkan hari anda dengan kata-kata semangat buat anda. Hanya perlu nyatakan apa masalah anda dan kami akan beri kata-kata semangat untuk anda menghadapinya.

“Servis ini terbuka untuk semua orang terutama bagi yang inginkan hari mereka penuh dengan semangat untuk melalui hari-hari mendatang,” tulis penjual di Shopee.

Tambah penjual itu, pihaknya bukanlah kaunselor bertauliah, tapi mereka suka menggembirakan orang lain.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Effiza Abdul Rahim telah berkongsi pengalamannya membeli ‘item’ tersebut di Shopee.

“Alhamdulillah, saya perlukan kata-kata semangat sebelum tido. Semua boleh dibeli, jangan ‘down’ sebab tak dapat kata kata semangat.

“Benda bole beli kan, buat apa tunggu org bagi kata semangat. Ingatkan scammer rupanya betul-betul dapat kata-kata semangat,” tulisnya pada hantaran di Facebook.-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI