fbpx

Wanita 24 tahun ikhlas mencintai lelaki 68 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cotten dan Dickerson tidak mengendahkan pandangan serong masyarakat sekeliling terhadap hubungan cinta mereka. – Mercury

CHARLOTTESVILLE, VIRGINIA – Seorang wanita berusia 24 tahun mendedahkan bahawa dia sering digelar pisau cukur kerana menjalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar The Sun semalam.

Conni Cotten yang bertunang dengan Herb Dickerson, 68, berkata, meskipun dia dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dia tidak mempedulikan pandangan negatif mereka kerana ikhlas menyayangi Dickerson.

“Orang di sekeliling terkejut apabila mengetahui mengenai hubungan kami. Komen yang sering saya terima adalah saya hanya ingin mengikis hartanya dan Dickerson hanya mahukan hubungan seks daripada saya.

“Bukan itu sahaja, keluarga saya juga pada awalnya turut tidak bersetuju dengan hubungan kami kerana bimbang akan keselamatan saya.

“Bagaimanapun, mereka akhirnya menerima seadanya selepas melihat Dickerson dapat membuatkan saya bahagia dan mula mempercayai serta menganggap lelaki itu seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.

Menceritakan kisah cintanya dengan lelaki itu, Cotten berkata, mereka bertemu buat kali pertama ketika menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan gelandangan iaitu tempat Dickerson bekerja.

“Ketika kami berjumpa buat kali pertama, saya terus tertarik kepadanya dan kami berdua menjadi mesra dengan pantas.

“Saya mula menggodanya dan dia amat terkejut. Kami kemudiannya sering menghabiskan masa bersama dan semuanya berlaku dengan pantas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dickerson berkata, keluarganya pada awalnya menganggap Cotten terlalu muda untuknya, namun mereka akhirnya dapat merestui hubungan tersebut.

“Dia mempunyai tenaga yang amat berbeza berbanding wanita sebaya saya. Dia seorang yang mudah didampingi,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN