fbpx

45 maut dalam nahas pesawat tentera Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat C-130 Hercules yang terputus dua sehingga mengorbankan 45 penumpang. - AFP

MANILA – Sekurang-kurangnya 45 terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah pesawat tentera Filipina terhempas dan meletup akibat terlajak dari landasan ketika cuba mendarat.

Pesawat C-130 Hercules yang dikatakan membawa sekurang-kurangnya 85 penumpang itu dilaporkan cuba mendarat di Pulau Jolo, wilayah Sulu, tengah hari semalam sebelum terhempas dan meletup serta terputus dua.

“Ini merupakan satu insiden penerbangan ketenteraan yang paling tragis di negara ini.

“Kami mengajak rakyat Filipina untuk sama-sama mendoakan mereka yang cedera dan maut dalam kejadian ini,” kata Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Mejar Jeneral William Gonzales.

Antara yang maut ialah 42 orang tentera dan tiga orang awam selain 49 tentera dan empat orang awam lagi dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Manakala, lima lagi anggota tentera masih hilang.

Sementara itu, Ketua Jeneral Angkatan Tentera Filipina, Cirilito Sobejana berkata, pesawat tersebut membawa anggota dari Cagayan de Oro di selatan pulau Mindanao sebelum dijadualkan mendarat di Jolo.

“Pesawat itu cuba untuk menghidupkan kembali kuasanya namun gagal,” ujarnya kepada media tempatan.

Pesawat tersebut dilaporkan membawa sebilangan besar kadet yang baru lulus daripada latihan ketenteraan asas di negara itu.

Punca kejadian sedang disiasat.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI