fbpx

Perlis dijangka beralih Fasa Ketiga PPN bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman melancarkan e-Book Rahsia Perlis Perangi Covid-19 di Kompleks DUN Perlis hari ini.

KANGAR – Perlis dijangka mencapai 40 peratus penduduk menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 pada bulan depan sekali gus berpeluang untuk beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, perkara itu boleh dicapai dengan sasaran peningkatan dos pemberian vaksin pada bulan ini iaitu sebanyak 3,000 sehari berbanding hanya 2,500 hingga 2,700 sehari sebelum ini.

“Difahamkan kemasukan vaksin ke negara ini lebih tinggi pada bulan ini dan pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan merasionalisasikan mengikut keperluan setiap negeri.

“Pemberian bukan berdasarkan saiz negeri dan populasi penduduk tetapi mengikut keupayaan untuk memberi perkhidmatan pemberian vaksin melalui tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di Perlis serta di klinik-klinik swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran e-Book Rahsia Perlis Perangi Covid-19 hasil catatan beliau di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI