fbpx

Patung Ratu Victoria ditumbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan menumbangkan patung Ratu Victoria di Winnipeg, Kanada pada 1 Julai lalu. – TWITTER

WINNIPEG, Kanada – Pamonarki Britain, Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II ditumbangkan di Kanada ketika orang ramai membantah layanan buruk terhadap orang asli negara itu, lapor rangkaian berita Sky News kelmarin

Demonstrasi itu membantah sistem sekolah berasrama di Kanada yang mewajibkan orang asli menghadiri sekolah mubaligh Kristian di mana mereka dilarang bertutur bahasa ibunda sebagai usaha asimilasi ke dalam masyarakat Kanada.

Ramai remaja dan kanak-kanak diperkosa, dipu­kul, dicerca serta menderita kekurangan zat makanan, mana­kala sehingga 6,000 orang asli dipercayai meninggal dunia.

Lebih 150,000 kanak-kanak dipaksa memasuki institusi ter­sebut yang dibuka semasa pemerintahan Ratu Victoria dan akhirnya ditutup pada tahun 1970-an.

Khamis lepas menandakan Hari Kanada iaitu sambutan hari kemerdekaan negara itu.

Bagaimanapun, sambutan tahun ini suram susulan penemuan hampir 1,000 kubur tidak bertanda di beberapa sekolah berasrama di wilayah British Columbia dan Saskatchewan.

Semasa tunjuk perasaan pada Khamis lalu, orang ramai melaungkan kata-kata slogan ‘tidak bangga dengan pembunuhan beramai-ramai’ di sekitar patung Ratu Victoria di Winnipeg, Manitoba.

Patung itu diconteng dengan cat sebelum ditarik orang ramai dengan menggunakan tali. Nasib sama menimpa patung Ratu Elizabeth II.

Laporan tempatan menyatakan bahawa seorang lelaki ditangkap, namun kaitannya dengan insiden tersebut masih belum dipastikan.

Pada Rabu lepas, sebuah kumpulan orang asli Kanada mengatakan bahawa mereka menjumpai 182 mayat di sebuah bekas sekolah yang dikendalikan mubaligh Katholik dekat Cranbrook, British Columbia di dalam kubur tidak bertanda.

Susulan penemuan itu, pemimpin masyarakat orang asli, Jason Louie memberitahu stesen radio CBC: “Mari kita sebut ini apa sebenarnya.

“Ini pembunuhan beramai-ramai penduduk orang asli.

“Nazi bertanggung jawab atas kejahatan perang mereka. . Saya tidak melihat tragedi ini berbeza dengan pembunuhan tentera Nazi. Paderi dan biarawati yang bertanggung jawab ke atas pembunuhan beramai-ramai ini harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI