fbpx

Jaringan komunikasi lebih baik di Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Penduduk di Hulu Terengganu kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menikmati jaringan telekomunikasi lebih baik selepas tiga menara komunikasi dibina di tiga lokasi di sana.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata, tiga lokasi menara itu melibatkan Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang.

“Ketiga-tiga menara komunikasi itu telah beroperasi sepenuhnya pada 31 Mei lalu dengan menawarkan liputan 4G.

“Pembinaan menara berkenaan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) akan memanfaatkan lebih 3,000 orang penduduk di kawasan menara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, manfaat itu turut dirasai pelajar Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu dan Hutecs selain penduduk di Kampung Butut dan taman perumahan sekitar seperti perumahan Tok Hujib serta Perumahan Seri Bajar.

“Bagi kawasan menara Kampung Machang pula, ianya melibatkan Kampung Machang manakala menara di Kampung Kepah ia melibatkan Kampung Tengkawang dan Kampung Matang.

“Pembinaan menara komunikasi baharu itu juga membantu meningkatkan taraf hidup selain mempersiapkan penduduk berhadapan dengan era digital yang kian mencabar,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI